berita

Foto : Juliana Evans Dalam Persalinan Pakaian Pengantin

June 5th, 2012 | by M
Lensa Insta

Juliana Evans yang kini baru mencecah usia 23 tahun tampil anggun dalam persalinan pakaian pengantin untuk majalah Raja Sehari edisi pertama, dijangka keluar pada pertengahan bulan ini. Cantik dan jelita, antara ungkapan yang sesuai dilontarkan kepada pelakon berwajah Pan Asia ini.

Sebelum ini, pelakon ini pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan selebriti lawak popular, Zizan Razak. Walau bagaimanapun, mereka menolak tanggapan orang mengenai hubungan cinta berkenaan, sebaliknya mengaku hubungan itu sekadar kawan baik.

Yang terbaru, dia yang menyambungkan pelajaran di Amerika Syarikat telah kembali ke Malaysia sekitar minggu lepas demi menghabiskan cuti selama 3 bulan di sini.

Mungkin ini juga berita baik buat Zizan yang baru sahaja memenangi gelaran juara untuk Super Spontan musim pertama, Jumaat lepas. Sudah lah menang RM200 000, Juliana Evans balik Malaysia pula. Pakej habis!

Foto kredit :Facebook PuncaQaseh Wed’s.

 

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.