berita

Foto : Juliana Evans Pilih Catwoman Untuk Halloween

November 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Juliana Evans

Bagi mereka yang berada di negara barat, pastinya Halloween menjadi salah satu acara yang amat di nanti-nantikan bukan? Terutama sekali kanak-kanak.

Maklum sahaja, pada waktu itu, ramai yang akan menggayakan pelbagai kostum menarik dan unik, bersesuaian dengan karakter yang ingin ditonjolkan oleh individu itu sendiri.

Nampaknya, pelakon iaitu Juliana Evans turut tidak ketinggalan untuk menghadiri acara Halloween yang diadakan oleh sahabat-sahabatnya di Michigan, Amerika Syarikat.

Melalui perkongsian foto di laman sosial pelakon tersebut, Juliana Evans atau lebih mesra disapa sebagai Jue dilihat telah menggayakan kostum ala Catwoman. Untuk memberikan karakter yang lebih real, Jue turut membuat lukisan misai di wajahnya.

Juliana Evans 2

Juliana Evans memakai kostum Catwoman

Amboi, bukan main comel lagi Jue jadi Cat Women. Siap lengkap degan misai dan telinga kucing lagi.

Selain Jue, nampaknya kucing kesayangannya yang digelar sebagai Knala turut dipakaikan kostum Halloween. Menerusi foto yang dikongsikan, Jue telah memakaikan t-shirt bercorak kepala tengkorak di badan kucing tersebut dengan caption berbunyi :

Knala is in the Halloween spirit what about you ???

Apa pun, untuk semua peminat Juliana Evans, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik aktres filem Mael Lambung itu untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Juliana Evans

SKIP THIS AD ×