berita

Foto: Kehangatan Cinta Qi & Nelydia Di Langkawi

June 27th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Qi

Nampaknya semakin lama semakin intim hubungan Qi Razali bersama pelakon cantik, Nelydia Senrose. Kalau tengok akaun Instagram milik Qi lagi meriah sebab kedua-dua pasangan selebriti ini sedang seronok bercuti di Langkawi.

Namun bukan mereka berdua sahaja tau, malah sepupu Qi dan dua orang lagi wanita berkemungkinan kawan mereka turut bercuti bersama.

Apapun, OHBULAN! tertarik dengan sekeping foto yang dikongsikan oleh Qi di Instagram. Foto yang berlatarbelakangkan dinding berwarna merah itu bagai menjadi saksi hangatnya cinta mereka berdua ni.

Screen Shot 2013-06-26 at 23.18.32

Foto Qi dengan caption berbunyi ‘Hangatnya merah’

Dalam pada masa yang sama, seorang peminat telah memberi komen di gambar tersebut yang sedikit sebanyak mengungkit kisah lama antara Qi dengan Yuna.

Walaupun respon yang diberikan Qi tidak bersifat mempertahankan diri namun ada juga terselit harapan semoga peminat boleh menerima hubungannya dengan Nelydia dan tidak membuat perbandingan.

Screen Shot 2013-06-26 at 23.18.47

Tetapi kalau diperhatikan, percintaan Qi kali ini lebih diketahui umum berbanding sebelumnya kerana dia sendiri tidak segan untuk berkongsi gambar mahupun kisah cinta mereka di laman sosial.

Bagaimanapun, ramai peminat yang mendoakan semoga Qi dan Nelydia bertemu jodoh hingga ke jinjang pelamin. Kalau dah tertulis Nelydia jodoh Qi, siapalah kita untuk mempertikaikan, betul tak?

Sementara Qi dan Nelydia tengah hangat bercinta, jom tengok beberapa keping gambar percutian mereka di Langkawi.

SKIP THIS AD ×