berita

[FOTO] Kenali Miss Beauty Doll Malaysia, Maya Natasha Yang Seksi. Serius La?

February 1st, 2018 | by faris
Kini Trending

Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe dan Miss World adalah antara acara yang dinanti-nanti setiap tahun oleh peminat seluruh dunia. Dalam pertandingan sedemikian, peserta bukan sahaja diuji dari segi kecantikan, malahan keyakinan dan bakat dimiliki mereka.

Namun, tidak hanya itu, kini terdapat juga pertandingan ratu cantik bagi anak patung seluruh dunia! Ya, hampir semuanya sama namun ‘pesertanya’ adalah patung bersaiz 12 inci sahaja.

Mempersembahkan wakil Malaysia, Maya Natasha

Menurut Facebook Miss Beauty Doll (MBD) Malaysia, Maya Natasha berketurunan Baba dan Nyonya dan berasal dari Melaka, namun dibesarkan di Kuala Lumpur.

Si cantik ini belajar rekaan barang kemas dan suka melancong. Selain itu Maya juga mempunyai minat mendalam bidang fesyen.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan patung dari seluruh dunia dengan 26 negara didaftarkan setakat ini.

Ayu dalam persalinan tradisional kebaya

Seperti versi asal, peserta perlu menghantar wakil mereka beserta pakaian tradisi berinspirasikan negara masing-masing. Antara lain, 2 gaun petang perlu dihantar kepada penganjur di Thailand bagi melayakkan penyertaan dalam pertandingan ini.

Wakil Malaysia tahun lepas, Che Mahsuri Puteh

Macam Izara Aishah pun ada!

Sumber: Miss Beauty Doll Malaysia , Miss Beauty Doll

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×