
Nampaknya, pasangan yang sedang hangat bercinta, Khairul Fahmi, 23, dan juga Leuniey, 21, kini tidak segan-segan lagi untuk berkongsi saat indah bersama.
Terbaru, OHBULAN! telah dikirimkan sekeping foto dimana Khairul Fahmi menyambut hari lahir Leuniey yang ke-21 bersama-sama. Turut kelihatan bersama mereka ialah Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen tempatan yang pernah mereka baju untuk majlis pernikahan Memey Suhaiza & Norman Hakim.
Dalam foto tersebut, turut kelihatan ialah ucapan harijadi yang tertulis di atas kek, “Happy Birthday Sayang, Sweet 21.”
Namun, apa yang menghairankan ialah Leuniey & Khairul Fahmi kelihatan begitu rapat dengan Ezuwan Ismail. Adakah mereka dalam perancangan untuk mengukur baju persandingan pula? Siapa tahu kan?






![[VIDEO] ‘Ada Orang Cakap Teman Lelaki Baru Syida Datang, Saya Tengok Tak Ada’ – Syafiq Azim](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_0396.jpg)
![[VIDEO] Ashhry Belanja 1,000 Pengunjung Sarapan Percuma Selepas Raih Sijil Halal JAKIM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/asshryyy.jpg)
