berita

Foto : Khatam Al-Quran & Malam Berinai Diana Amir

October 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

PC-Kahwin-Diana-Amir-27

Semalam telah berlangsungnya majlis khatam Al-Quran dan doa selamat buat pelakon, Diana Amir, yang telah dianjurkan oleh produksi naungannya, MIG Pictures, bertempat di Wisma Metrowealth, Subang Jaya, Selangor.

Majlis yang mendapat sentuhan kreatif daripada perunding perkahwinan, Emy Beauty Me itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga Diana dan warga MIG sahaja.

Disamping mengadakan majlis khatam Al-Quran, Diana turut mengadakan majlis malam berinainya, di mana pelakon tersebut telah memilih khidmat pelukis inai profesional, Lea Henna Artist.

Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa artis tempatan yang turut menggunakan perkhidmatan Lea Henna, antaranya adalah Diana Danielle, Izzue Islam, Pierre Andre dan Black Hanifah.

Diana Amir  3

Lea Henna sedang pakaikan inai di jari Diana Amir

Sepanjang majlis berlangsung, nampaknya bakal suami Diana, Habib A Rahman turut hadir bagi melengkapkan lagi majlis dan jejaka tersebut kelihatan sangat segak apabila menggayakan set lengkap baju melayu rona kelabu.

Dalam pada itu, pengarah urusan MIG Pictures, David Teo turut hadir bersama krew produksinya yang lain.

Sebagai rujukan, malam ini bakal berlangsungnya majlis pernikahan antara Diana Amir dan tunang tercinta, Habib, yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Untuk semua peminat Diana, jangan ketinggalan untuk membaca laporan serta foto-foto pernikahan pelakon tersebut yang akan kami update malam nanti ya. Sebelum itu, jom lihat beberapa foto menarik sekitar majlis malam berinai dan khatam Al-Quran Diana selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Diana Amir

SKIP THIS AD ×