berita

Foto : Kilafairy Timbulkan Kontroversi Lagi?

July 31st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Kila Fairy 1

Jika sebelum ini penyanyi dan pelakon berbibir seksi, Kilafairy pernah dikatakan tidak menghormati bulan Ramadhan kerana memuat naik sebuah video di Instagram dengan memakai baju besar hingga ke pangkal peha sahaja, terbaru Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol berbentuk (+).

Artikel Berkaitan :

Secara umumnya foto yang dikongsikan itu merupakan wajah seorang wanita bersama seorang lelaki, di mana pelakon tersebut telah memotong gambar berkenaan sehingga menjadi simbol + dan diselitkan dengan caption berbunyi :

better half.

Bagaimanapun OHBULAN! kurang pasti, adakah foto tersebut merupakan wajah Kila bersama jejaka dari negara seberang yang sering dikaitkan dengannya iaitu Hardy Hartono ataupun bukan.

Kila Fairy 2

Foto yang menimbulkan pelbagai spekulasi peminat

Foto yang dimuat naik sejak 29 Julai lalu itu bagaimanapun mendapat kritikan peminat, ini kerana ada yang beranggapan (+) tersebut adalah simbolik daripada gambar salib dan ada juga yang berfikiran positif dengan menganggap ianya adalah sekadar simbol tambah.

Kila Fairy 3

Apa pun perspektif peminat terhadap foto berkenaan, bagi OHBULAN! tidak salah sekiranya kita memandang ia daripada sudut yang positif dan tidak menganggap perkara tersebut terlalu serius.

Untuk Kilafairy, diharapkan agar selepas ini pelakon tersebut akan semakin peka dengan setiap foto dan video yang ingin dikongsikan bersama peminat agar perkara yang sama tidak berulang untuk kali yang ketiga.

Di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto terbaru Kilafairy untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Kilafairy

SKIP THIS AD ×