berita

Foto : Lisa & Yusry Bercuti Di Bukit Fraser

October 28th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Lisa Surihani 4

Jika awal Oktober lalu OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto menarik Lisa dan Yusry di Vietnam, kali ini kami ingin kongsikan pula foto-foto menarik mereka di Bukit Fraser, Pahang.

Artikel berkaitan :

Meneliti setiap foto di laman sosial Lisa, difahamkan pasangan suami isteri ini bukan sahaja bercuti di tanah tinggi tersebut, malah beberapa hari sebelum itu mereka turut dilihat melawat beberapa tempat menarik sekitar negeri Terengganu dan Kelantan.

Wah, dah macam cuti-cuti Malaysia ke pantai timur pula ya.

Lisa Surihani 7

Lisa & Yusry melakukan aktiviti Paddle Boat Ride bersama

Untuk makluman, sebelum ini Lisa pernah akui, meskipun dia dan Yusry sering sibuk dengan kerjaya seni masing-masing, akan tetapi, mereka akan cuba mencari masa terluang untuk bercuti bersama. Tidak kisah sama ada dalam mahupun luar negara.

Mungkin itu merupakan salah satu cara terbaik untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.

Apa pun, untuk semua peminat Lisa, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik pelakon tersebut bersama suami tercinta sepanjang berada di Bukit Fraser baru-baru ini.

Sebelum itu, apa kata kita layan dulu video comel Lisa buat tarian Chicken Dance yang didedikasikan khas buat plekon, Tiz Zaqyah yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya, Jumaat lepas. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Lisa Surihani

SKIP THIS AD ×