Sudah menjadi tunang orang, namun terpaksa merantau sebentar untuk mendapatkan ilmu di negara orang lain.
Itulah yang berlaku pada aktress, Liyana Jasmay apabila dia terpaksa meninggalkan insan tersayang yang juga merupakan tunangnya di Malaysia kerana melanjutkan pengajian jangka pendek di New York selama 6 bulan. Dia yang juga terpaksa menjalani ibadah Ramadhan di New York walaubagaimanapun telah ditemani oleh ibu bapanya.
Namun begitu, pengajian Liyana Jasmay bakal selesai pada awal bulan Januari dan sekembalinya dia ke Malaysia, Liyana akan berkahwin dengan tunangnya pada 23 Januari 2013.
Apa pun, seperti biasa, selebriti kita rajin memuat-naik gambar-gambar mereka di akaun Instagram. Buat para peminat, jom lihat foto-foto menarik dari Liyana Jasmay ya!