berita

Foto : Liyana Jasmay & Suami Bercuti Di Phuket

September 11th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Liyana Jasmay 2

Nampaknya agak lama juga OHBULAN! tidak berkongsi foto-foto bahagia Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin kan?

Kali terakhir rasanya pada bulan Mac lalu, itu pun sebulan selepas pasangan tersebut sah bergelar suami isteri.

Terbaru, menerusi laman sosial pelakon comel tersebut, Liyana telah berkongsi beberapa foto menarik sewaktu dia dan suami bercuti di Phuket, Thailand.

Liyana Jasmay 5

Sweetnya Liyana Jasmay & Fathuddin

Jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan, nampaknya pelakon filem Papadom ini bukan sahaja sedang bercuti di Thailand, malah beberapa hari sebelum itu mereka turut dilihat menghabiskan masa bersama di Hong Kong.

Amboi, seronokkan dapat meluangkan masa bersama orang tersayang?

Menurut perkembangan terbaru, Liyana difahamkan akan muncul dengan drama terbarunya berjudul Sahabat yang bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 16 September depan.

Untuk semua peminat Liyana Jasmay, jom layan beberapa foto menarik pelakon tersebut sewaktu bercuti di Phuket dan Hong Kong selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Liyana Jasmay

SKIP THIS AD ×