berita

[FOTO] Macam Anak Dara, Penampilan Baru Kristine Hermosa Di Usia 36 Tahun. Cantiknya!

January 29th, 2020 | by Shafika
Lensa Insta

Suatu ketika dahulu, drama bersiri Filipina Sana’y Wala Nang Wakas sememangnya menjadi ikutan buat peminat drama. Drama gandingan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa ini disiarkan di TV2 dan Astro Prima pada 2004 dan 2005. Ia kemudiannya diulang siar di Astro Bella pada 2013 atas permintaan ramai.

Terbaru, penampilan heroin drama, Kristine Hermosa yang memegang watak Ara kini dilihat semakin cantik walaupun sudah berkeluarga dan mempunyai 4 orang anak.. Alahai cantik betul. Apa rahsianya?

Memang cantik!

Kristine Hermosa dilahirkan pada 9 September 1983 di Quezon City, Filipina. Pelakon ini adalah anak perempuan kepada Maximillian Orille dan Mari Alma Hermosa. Pelakon cantik ini mempunyai campuran Sepanyol dan Filipina. Dia merupakan anak kedua dari empat adik beradik.

Kristine mula menceburi bidang lakonan selepas kakaknya, Kathleen memperkenalkannya kepada industri lakonan pada tahun 1996. Memang dari kecil dah ada minat nak berlakon. Tak hairanlah kalau dia mempunyai bakat lakonan yang mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Ibu kepada empat orang anak

Semua sedia maklum, Kristine Hermosa pernah berkahwin dengan pelakon kacak, Diether Ocampo yang juga merupakan pelakon dalam drama Sana’y Wala Nang Wakas pada tahun 2004. Percintaan mereka direstui ramai peminat, namun hubungan mereka tidak kekal lama apabila mereka berpisah pada tahun 2009.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @teamkristinehermosa on

Pada 12 Januari 2011 Kristine Hermosa sekali lagi berkahwin dengan Oyo Boy Sotto yang juga seorang pelakon. Pada masa ini, Kristine Hermosa mempunyai empat orang anak dan salah seorang daripadanya adalah anak angkat. Anak kandungnya terdiri ialah Kaleb Hanns, Ondrea Bliss, dan Marvic Valentine. Manakala Kristian Daniel (Kiel) adalah anak angkat mereka.

Sumber : Khsotto, teamkristinehermosa