berita

Foto Main ‘Flyboard’ Di Dubai Dikritik, Mufti Menk Balas Komen: ‘Kena Seimbangkan Antara Keluarga & Ummah’

October 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, viral sebuah foto yang menunjukkan Mufti dari Zimbabwe iaitu Mufti Menk sedang bermain ‘Flyboard’ di Dubai. Perkongsian foto tersebut dilakukan oleh mufti itu sendiri di media sosialnya.

Lain macam!

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di Facebook, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melihat foto Mufti Menk melakukan aktiviti berkenaan. Ujar netizen, mereka jarang melihat seorang agamawan berhibur dan melakukan aktiviti riadah seperti itu. Beliau turut meminta pandangan netizen mengenai ‘kapsyen’ foto berkenaan dengan menulis perkataan ‘Caption this!’

Sepatutnya fokus terhadap ummah

Menjengah di ruangan komen, seorang individu menyatakan pandangannya berhubung posting yang dimuat naik oleh Mufti Menk. Menurut individu tersebut, para ulama tidak mempunyai waktu untuk melakukan aktiviti sebegitu. Malah, mereka akan berfikir mengenai ummah pada masa ini.

Tertarik dengan komen berkenaan, Mufti Menk membalas semula komen tersebut dan menyatakan bahawa setiap manusia perlu mempunyai kehidupan yang seimbang. Bahkan, melakukan aktiviti riadah bersama keluarga merupakan suatu aktiviti yang baik. Tambah Mufti Menk, prihatin terhadap keluarga secara tidak langsung akan membawa kepada sifat keprihatinan terhadap ummah.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen kagum melihat gaya hidup Mufti Menk. Tambah netizen, apa yang dilakukan oleh beliau sedikit sebanyak dapat membuka mata para ulama di negara yang lain. Ujar netizen, bukan semua aktiviti haram dilakukan.

Sumber: Mufti Menk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×