Hmm, zaman sekarang ni, ramai sangat selebriti yang ‘look alike’. Kalau sebelum ini Ayda Jebat pernah dikatakan persis Rosnah Mat Aris, kini tiba giliran Jihan pula.
Kalau korang nak tahu, melalui laman Instagram milik Jihan, dia ada memuat naik foto ketika sesi photoshoot bersama syarikat naungannya.
Dek kerana foto tersebut, ramai peminat dan pengikut Instagram Jihan mengatakan penampilan si manis ini persis Norlia Ghani.
Tak kurang juga ada yang mengatakan Jihan seakan-akan Zaiton Sameon. Amboii korang! Tapi, rasanya Jihan tak kisah pun. Iyalah, Norlia Ghani dan Zaiton Sameon kan antara otai dalam industri.
Tengok Meletop baru-baru ini tak? Kalau tak tengok, korang memang rugi. Mana taknya, pecah perut kami apabila menyaksikan Jihan berlakon jadi Neelofa.
Memang sama beb! Bab tahi lalat tu paling win!
Kalau korang nak tahu, Jihan sekarang berada di Jepun untuk shooting rancangan Jejak Jepun Jihan. Wah, kemain seronok lagi kami tengok.
Apa kata kita tengok dulu video-video Jihan di Jepun. Enjoice!
A video posted by Song Ji Hyun (@jihanmuse) on