berita

Foto : Maya Karin Bercuti Di Kemboja

June 17th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Maya Karin 4

Umum tahu, pelakon jelita iaitu Maya Karin amat gemar melancong dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memasuki hutan serta menyelam ke dasar laut.

Terbaru menerusi laman Instagram milik Maya, pelakon ini difahamkan telah bercuti ke Kemboja dan sepanjang berada di sana, Maya telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya untuk peminat di Malaysia.

Maya Karin 3

Maya bersama ibu tersayang

Maya Karin 5

Menaiki “tuk-tuk” untuk ke lapangan terbang

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, nampaknya Maya tidak bercuti berseorangan, malah pelakon ini turut ditemani ibu tersayang.

Setelah pulang dari Kemboja, Maya terus ke studio bagi merakamkan single ketiga bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Bagi peminat yang masih belum puas melihat foto percutian Maya di Kemboja, mari lihat beberapa foto menarik selepas ini :

Kredit Foto : Instagram Maya Karin