![[FOTO] Melutut Beri Cincin Berlian Potongan Bujur Kepada Kekasih, Taylor Lautner Dah Bertunang](https://media.ohbulan.com/2021/11/Screenshot-2021-11-15-at-3.25.49-PM.png)

Pelakon Hollywood, Taylor Lautner telah bertunang dengan wanita pilihannya Tay Dome, pada hari khamis yang lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Taylor memberitahu bahawa segala yang diinginkan telah dilaksanakan.
Romantik, siap melutut

11.11.2021, semua keinginan yang aku hajatkan telah menjadi kenyataan.
Menerusi foto tersebut, pelakon ‘Twilight’ ini melamar tunangnya dalam keadaan romantik. Taylor kelihatan melutut sambil menunjukkan cincin pertunangan mereka. Taylor membeli sepotong cincin berlian berbentuk bujur yang direka khas dari Ring Concierge.
Pasangan paling serasi





Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat pasangan tersebut sudah bertunang. Netizen tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan pasangan itu tidak lama lagi. Terdahulu, Taylor pernah menjalin hubungan dengan selebriti popular seperti Selena Gomez dan Taylor Swift.
Sumber: Taylor Lautner






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

