berita

Foto Mesra Kamal Adli Dengan Kekasih Baru Hanya Fitnah

February 11th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

 

O1

Setelah hubungan cinta di antara dirinya dan Intan Ladyana putus di tengah jalan, Kamal Adli dilihat selesa bersendiri. Malah gosip yang mengaitkan dirinya dengan Emma Maembong sebelum ini juga tidak benar.

Artikel Berkaitan : Kamal Adli Bukan Punca Emma Maembong & Zizan Putus Cinta

Namun baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila beberapa keping foto mesra Kamal Adli dan seorang gadis bertudung didakwa kekasih barunya tersebar. Jadi betul ke Kamal dah temui pengganti Intan Ladyana? 

Siapa Sebenarnya Gadis Ini?

O2

Menerusi foto yang dikirim oleh pembaca OHBULAN! ini, nampak seolah mereka berdua sudah beberapa kali bertemu. Mungkin juga seseorang yang rapat dan dekat dengan Kamal Adli.

Ala kalau betul kekasih hati pun apa salahnya kan? Gadis berkenaan pun ayu bertudung, sedap mata memandang.

Wanita Itu Hanya Peminat – Kamal Adli

O3

Peka dengan gosip tersebut, Kamal Adli bagaimanapun tampil memberi kenyataan bahawa gadis berkenaan hanya peminatnya. Pastinya tweet dari Kamal Adli memberi sedikit kelegaan kepada para gadis di luar sana.

tw1

tw2

Harap dengan adanya penjelasan Kamal Adli ini dapat menjawab segala dakwaan seperti mana yang tersebar sebelum ini. Takut jika kekasih hati Kamal Adli yang ‘sebenar’ kecil hati.

SKIP THIS AD ×