berita

Foto Mesra Nora Danish & Nedim Di Bali

November 10th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Neno

Wah! Seronoknya bergelar artis, dapat berjalan ke tempat orang walaupun sedang sibuk bekerja. Siapa lagi kalau bukan hot mama paling popular kita iaitu Nora Danish.

Kalau korang nak tahu, sekarang ini Nora berada di Bali tau! Kami difahamkan, Nora mempunyai urusan kerja di sana. Iyalah, kalau intai sikit Instagram Nora, nampak seperti ada sesi photoshoot bersama Nomad.

Namun, Nora tak keseorangan okay! Buah hatinya pun ikut sama. Melting kami melihat foto mesra Nora dan Nedim ni. Sweet sangat!

“They asked me for drugs,so I told them about your smile ????????” .. #nngetaway #NeNo

A photo posted by Chief Jr (@bossned_) on

 

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika Nora bersiar-siar menaiki motosikal di sekitar bandar Bali bersama Nedim serta ditemani oleh kakak Nora, Nadia Danish dan juga beberapa rakan lain. Untunglah, tengah bekerja pun sempat lagi berjalan. Ini namanya pengurusan masa yang sangat mantap!

Rasanya sekitar bulan Februari lalu, pasangan ini pun pernah bercuti ke Bali. Amboiii mengimbau kenangan manis ke? Apapun buat semua peminat Nora dan Nedim, di sini kami kongsikan foto-foto mereka khas untuk tatapan anda. Semoga terhibur!

 

 

Kredit foto : Instagram Nora Danish & Nedim

SKIP THIS AD ×