berita

Foto Mesra Randy Pangalila & Kekasih Hati

September 26th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Randy Pangalila

Bagi mereka yang mengikuti laman sosial pelakon dari seberang, Randy Pangalila atau nama sebenarnya, Randy Dionisius Pangalila pasti sudah sedia maklum dengan wajah kekasih hati aktor tersebut bukan?

Sebelum ini Randy pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon genit Elfira Loy, apabila mereka sama-sama digandingkan dalam drama berjudul Mimpi Sampai Ke Bintang dan Dalam Hati Ada Taman.

Meskipun terdapat pelbagai dakwaan yang mengatakan mereka bercinta, akan tetapi kedua-dua pelakon tersebut telah berjaya menepis gosip cinta itu dan Randy juga pernah mengaku bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati bernama Michella Putri.

Kekasih Randy Pangalila 5

Randy & kekasih hati, Michella Putri

Meneliti setiap foto yang dikongsikan di laman sosial Randy, pelakon tersebut dilihat begitu mesra dengan kekasih hatinya dan mereka juga kelihatan sangat serasi.

Dalam pada itu, para pengikut laman sosial Randy turut melahirkan rasa gembira apabila melihat kebahagiaan yang dipamerkan oleh pasangan tersebut dan rata-ratanya mendoakan semoga hubungan cinta mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Apa pun, untuk para peminat Randy Pangalila yang masih belum pernah melihat wajah comel kekasih pelakon tersebut, jom lihat beberapa foto mesra mereka selepas ini.

Sebagai rujukan, Michella Putri merupakan salah seorang pelakon dari Indonesia dan mereka pernah digandingkan bersama dalam sinetron berjudul Nada Cinta.

Kredit Foto : Instagram Randy Pangalila & Michella Putri

SKIP THIS AD ×