berita

Foto Mesra Zizan & Fazura Buat Peminat Berteka Teki

February 5th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

mesraa

Persengketaan di antara Fazura dan Zizan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sejak berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014 mungkin tidak benar.

Artikel Berkaitan : Zizan Warning Fazura?

Menerusi foto terbaru yang dimuatnaik oleh kedua-dua selebriti ini di laman Instagram masing-masing mungkin menceritakan hal yang sebenar. Andai benar tiada persengketaan, baguslah. Namun foto lain yang dimuatnaik oleh Fazura beberapa jam sebelum itu ditujukan buat siapa?

Fazura Kongsi Makna Sore Loser

Thank god for dictionary ??????????????

A photo posted by Nur Fazura (@missfazura) on

Selang dua jam selepas Zizan memuatnaik foto dengan kapsyen yang menimbulkan seribu satu persoalan itu, Fazura turut memuatnaik foto seolah membalas kenyataan tersebut. Namun tidak terlalu direct, cuma berkongsi maksud sore loser yang diertikan sebagai seseorang yang menyalahkan orang lain atas kesalahan dan kekalahan diri sendiri.

Menerusi perkongsian Fazura yang mengajak pengikutnya memahami maksud sore loser ini, sejujurnya kami yakin Fazura layak untuk diberi watak guru di dalam musim baru Oh My English bergandingan dengan Zain Saidin.

Peminat Mula Jodohkan Zizan & Fazura

jo jo1

Pepatah orang tua ada mengatakan kalau asyik gaduh je takut lama-lama jadi jodoh. Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh peminat berdasarkan komen mereka. Tapi perkara ini takkan mungkin berlaku, Emma nak letak mana?

Harap dengan adanya foto mesra di antara Fazura dan Zizan ini dapat menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran peminat. Lagi pun MLM bakal berakhir minggu ini dan semuanya bakal kembali pada sedia kala.

 

SKIP THIS AD ×