berita

Foto : Mia Sara Sambut Hari Jadi Ke-8 Bersama Peminat

October 2nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Mia Sara Nasuha

Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang terkenal dengan kepetahannya bercakap dan pandai mengambil hati penonton dengan watak lakonannya yang comel dan bersahaja.

Untuk makluman, pada tanggal 30 September lalu, genaplah umur Mia lapan tahun dan sempena ulangtahun kelahirannya itu, Mia telah disambut meriah oleh kelab peminatnya malam semalam.

Mia Sara  4

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Mia telah menerima kek comel daripada peminat setianya, di mana kek yang direka khas itu diukir seakan-akan gaun patung dan diselitkan dengan replika anak patung Barbie.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial pelakon tersebut, Mia turut berkongsi sekeping fotonya sewaktu bayi dan diselitkan dengan ungkapan rasa syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini.

Mia juga difahamkan menerima hadiah istimewa daripada ayah tercinta berupa sebuah basikal berwarna ungu. Apa pun, untuk semua peminat si cilik ini, jom layan beberapa foto comel Mia sekitar sambutan ulangtahun kelahirannya semalam.

Kredit Foto : Instagram Kelab Peminat Mia Sara & Melaka Boy