berita

[FOTO] Model Pasangan Kembar Berusia 8 Tahun Ini Tarik Perhatian Dunia, Ada Sejuta Followers Di IG

April 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Baru berusia 8 tahun, pasangan kembar dari Los Angeles (LA) yang dikenali sebagai Leah Rose dan Ava Marie ini merupakan gadis paling cantik di dunia. Memulakan kerjaya sebagai model seawal usia enam bulan, pasangan ini mula dikenali ramai menerusi Instagram. Wow cantiknya!

Kami kongsikan beberapa foto pasangan kembar tersebut yang menarik perhatian netizen. Memang lawa korang!

Kecil-kecil dah pandai posing

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan kembar tersebut akan bekerja sebagai model pada waktu petang dan hujung minggu sahaja kerana mereka bersekolah seperti kanak-kanak lain. Jika mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, seorang guru akan hadir ke set lokasi untuk mengajar mereka. Pasangan kembar itu juga akan menghadiri kelas renang dan tarian andai mereka mempunyai waktu yang terluang.

Foto bersama keluarga

Menurut ibu kepada pasangan kembar itu, Jaqi Clements, foto anak kembarnya itu di muat naik olehnya kerana Instagram milik pasangan kembar itu dikendalikan olehnya sendiri. Mereka hanya dibenarkan membuat rakaman video bersama pengikut pada waktu tertentu sahaja.

Saya pernah memberi idea kepada mereka untuk mencuba bidang peragaan kerana selepas mengikuti kelas tarian dan renang setiap minggu, mereka masih mempunyai masa terluang. Mereka terus melompat kegembiraan dan tidak sabar untuk memulakannya.

Walaupun pasangan kembar tersebut terkenal dalam bidang peragaan, ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

Seperkara yang tidak menarik mengenai kehidupan baru ini apabila ramai menganggap ibu bapa mengambil kesempatan memerah wang anak yang bekerja sebegini. Perkara ini turut terpalit kepada kami dan mungkin dalam kebanyakan kes, ibu bapa mengeluarkan lebih banyak wang untuk (menyokong minat dan keperluan) anak-anak mereka.

Ibu bapa melaburkan wang hari ini demi menyokong minat anak mereka, membolehkan mereka menjana wang sendiri digunakan untuk ke kolej, membeli kenderaan atau rumah pada masa hadapan. Jika anda berfikir sebegitu, ia tidaklah seburuk mana.

Sumber : Clements Twins & Harian Metro