berita

Foto : Nabila Sambut Hari Lahir Dengan Kekasih Baru?

December 6th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-12-05 at 5.30.32 PM

Sebelum ini, umum tahu tentang keakraban pelakon yang kini sedang sibuk dengan filem biopik Saloma iaitu Nabila Huda dengan Nast-T. Namun, setelah kisah cinta mereka terputus ditengah jalan, masing-masing dilihat mengambil langkah berdiam diri.

Terdahulu, Nabila Huda dikatakan sudah pun berjumpa kekasih baru yang dipercayai warga Singapura.

Artikel Berkenaan : Adakah Ini Kekasih Baru Nabila Huda?

Namun, setelah tersebarnya foto-foto Nabila bersama lelaki yang dikatakan kekasih barunya itu melalui beberapa buah blog gosip, Nabila dilihat lebih berhati-hati dengan kenyataan dan foto-foto yang dimuatnaik ke laman sosialnya.

Menerusi laman Instagram-nya semalam, Nabila dilihat telah memuatnaik sekeping foto dirinya disuapkan kek oleh seorang lelaki sempena hari lahirnya pada 2 Disember lepas.

Screen Shot 2013-12-05 at 2.49.24 PM

Foto yang menimbulkan spekulasi dikalangan pengikut Instagram Nabila

Antara caption yang ditulis oleh Nabila melalui foto ini ialah,

Once upon a time something happened to me it was the sweetest thing that ever could be a fantasy,A dream come true it was the day i met you.

Menurut sumber-sumber terapat, jejaka yang dipercayai bernama Izwan itu merupakan salah seorang pemain bola sepak amatur untuk pasukan fcjmuda dan memakai jersi nombor 10.

Screen Shot 2013-12-06 at 1.38.44 AM

Melalui ruangan komen foto diatas pula, Nabila telah menulis sebuah komen yang kami kira agak mesra disitu.

Screen Shot 2013-12-06 at 2.05.51 AM

Setakat ini, hubungan mereka dipercayai telah mula berputik sejak beberapa bulan lepas dan perkara ini dikuatkan lagi melalui salah sebuah status yang dimuat naik oleh Nabila menerusi laman Twitter-nya.

Screen Shot 2013-12-05 at 3.01.13 PM

Walaupun Nabila bijak menyembunyikan gosip mereka ini, namun rata-rata pengikutnya dapat menghidu kemesraan yang terjalin diantara mereka berdua.

Apa yang pasti, kami sungguh mengagumi pelakon jelita ini. Bukan saja hebat dalam bidang lakonan, bahkan dia juga merupakan seorang pelakon yang menarik dengan stail yang tersendiri.

Apa-apa pun, mari lihat foto-foto mereka selepas ini.

Sumber : Instagram Nabila Huda & fcjmuda

SKIP THIS AD ×