berita

Foto: Nadem Teman Nora Danish Balik Myanmar

September 20th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

IMG_3291a

Umum tahu bahawa Nora Danish mempunyai darah kacukan Myanmar yang mengalir di dalam dirinya. Kalau tak silap OHBULAN!, masih ada lagi saudara mara Nora yang menetap di sana.

Disebabkan itu jugalah, Nora telah terbang ke Myanmar baru-baru ini untuk melawat Tok Nora dan memberi penghormatan kepada moyangnya yang telah meninggal dunia.

Apa yang menariknya, pemergian Nora ke sana ditemani oleh jejaka yang digosipkan bercinta dengannya iaitu Nadem.

Screen Shot 2013-09-20 at 11.00.10

Tetapi jangan salah sangka, mereka bukan berdua sahaja sebaliknya keluarga Nora turut sama pergi ke Myanmar.

Untuk makluman, ini bukanlah pertama kali Nadem dipertemukan dengan keluarga Nora. Sebelum ini pun mereka pernah menghabiskan masa bersama-sama bercuti ke Bali dan beberapa tempat lain.

Mungkin keluarga Nora terutama ibunya telah merestui hubungan mereka berdua. Namun setakat ini Nora lebih selesa untuk tidak memberitahu kepada khalayak tentang status sebenar hubungannya dan Nadem.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto yang dikongsikan oleh Nora sepanjang berada di Myanmar untuk tatapan semua.

SKIP THIS AD ×