berita

Foto: Neelofa Cantik Bergaya Di Maldives

October 22nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-10-21 at 21.08.10

Bulan September lalu, OHBULAN! ada paparkan foto-foto pelakon dan pengacara ini yang menjalani penggambaraan untuk program Nona di Kota Paris.

Dan nampaknya pada 18 Oktober lepas, gadis yang pernah digosipkan bercinta dengan Hans Isaac ini menjejakkan kaki ke Maldives pula.

Menerusi foto-foto di Instagram, Neelofa nampaknya turut sempat merasai pengalaman menyelam di pulau yang cukup terkenal dengan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun dalam pada OHBULAN! asyik melihat foto, ternampak pula sekeping dua gambar Neelofa bersama Fara Fauzana di Instagram milik AirAsia.

Screen Shot 2013-10-21 at 22.23.27

Mungkin mereka sedang menjalani penggambaran untuk sebuah program yang tidak diketahui namanya atau barangkali mereka sedang mempromosikan pakej AirAsiaX. Siapa tahu, kan?

Tetapi di dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan, OHBULAN! sebenarnya tertarik dengan sekeping gambar Neelofa berdiri membelakangi lautan yang berwarna senada dengan baju dipakainya.

Neelofa kelihatan cukup cantik dengan gaun beralun paras lutut sambil bahagian atas rambutnya dibalut kemas dengan selendang kecil, manakala rambutnya yang panjang dibiarkan mengurai.

Screen Shot 2013-10-21 at 17.17.31

Namun sebagai selebriti, Neelofa sememangnya tidak dapat lari daripada dikritik kerana memakai pakaian yang agak seksi di foto-fotonya yang lain.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping gambar Neelofa yang masih kelihatan cantik berseri secara semulajadi walaupun terdedah dengan cahaya matahari di pulau tersebut.

SKIP THIS AD ×