berita

Foto : Nelydia Senrose Bawa Diri Ke Bali Kerana Konflik Cinta?

March 4th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-03-03 at 17.11.49

Sejak dari awal minggu lepas kisah percintaan Qi Razali dan Nelydia Senrose sekali lagi dikatakan berantakan apabila pelakon cantik itu telah memadam sejumlah foto teman lelakinya itu di laman sosial.

Menerusi salah sebuah portal hiburan, Qi mengatakan hubungannya dengan Nelydia masih baik seperti sebelum ini biarpun tidak mengerti mengapa gambarnya dipadamkan.

Namun melalui salah satu foto Nelydia baru-baru ini, terdapat beberapa orang peminat bertanya tentang tindakan adik kepada Uqasha Senrose itu yang baru mengikuti semula akaun Qi di Instagram.

nelydia senrose-20

nelydia senrose-18

Selain daripada itu, Nelydia juga dipercayai telah memadam videonya bersama Sharnaaz di Instagram pada hari terakhir mereka menjalani penggambaran Bukan Kerana Aku Tak Cinta selain berhenti mengikuti akaun aktor kacak itu di laman sosial yang sama.

Tidak disangka dalam pada Nelydia sedang seronok menikmati percutian bersama sepupu mereka, pelakon yang baru berusia 20 tahun itu tetap mempunyai masa untuk menguruskan semua itu.

nelydia senrose-10

Barangkali Nelydia baru bertemu jalan penyelesaian mengenai gosip tiga penjuru yang mengaitkannya dengan Qi dan Sharnaaz sejak beberapa bulan lepas.

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom saksikan foto dan video yang dirakam oleh Nelydia bersama kaum keluarganya di Bali. Boleh tahan cantik kesemua sepupu Nelydia, kan?

Kredit foto : Instagram Nelydia Senrose

SKIP THIS AD ×