berita

Foto : Nora Danish Bertudung Dikejar “Anak Jantan”

October 3rd, 2012 | by M
Lensa Insta

Bertudung biru lembut dengan disulamkan baju kurung bercorak flora jelas merangkul erat pandangan mata kami yang sememangnya peminat no.1 pelakon comel ini. Sejuk mata memandang, kan?

Semalam OHBULAN! melaporkan hasrat Nora Danish untuk berubah secara perlahan-lahan dan turut memasang niat untuk menutup aurat dalam masa terdekat.

Kata-katanya bagai dikotakan apabila Nora Danish sempat berkongsi 4 foto beliau dengan tudung pelbagai warna melalui laman Instagram, 30 September lepas. Difahamkan, pelakon yang mempunyai seorang anak lelaki ini sedang sibuk menjalani pengambaran untuk filem terbaru, ‘Anak Jantan’.

Anak Jantan arahan Faizul A. Rashid, 32, berkisarkan seorang lelaki yang dihantui dengan kisah hitam dan dibesarkan oleh sekumpulan militan. Berkemungkinan ia dilakonkan oleh Farid Kamil.

Manakala, apakah watak dan peranan yang dimainkan oleh Nora Danish pula? Anak ketua militan? Kalau nak tahu, kita nantikan sahaja update daripada krew produksi “Anak Jantan” kelak.

Foto selebihnya selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×