berita

Foto: Nora Danish Ke Eropah Pula Bersama Nadeem

October 21st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-10-21 at 11.08.51

Sejak berkawan rapat dengan jejaka bernama Nadeem ini, Nora Danish dilihat lebih kerap bersiar-siar ke luar negara dan yang pasti ‘teman rapatnya’ itu wajib ada untuk menemani.

Pada pertengahan bulan September pasangan ini telah ke Myanmar bersama ibu dan adik Nora untuk melawat saudara mara di sana.

Dan terbaru pada 18 Oktober yang lepas, Nora dan Nadeem sekali lagi telah berangkat ke luar negara tetapi kali ini lebih jauh iaitu ke Eropah.

Screen Shot 2013-10-21 at 11.01.15

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Nora di Instagram, kami difahamkan mereka ke sana untuk melawat sepupu Nadeem dan juga atas urusan perniagaan.

Untuk percutian kali ini, Nora dilihat lebih kerap mengambil gambar berdua bersama Nadeem berbanding sebelum ini. Mungkin kedua-duanya sudah semakin selesa untuk membiarkan peminat berbicara mengenai hubungan mereka.

Namun jika diperhatikan, kelibat ibu dan adik Nora yang sentiasa menemaninya selama ini tidak kelihatan sebaliknya terdapat beberapa orang kenalannya turut menyertai mereka ke Eropah.

Screen Shot 2013-10-21 at 11.06.19

Untuk pengetahuan anda, Nora dan Nadeem terlebih dahulu menjejakkan kaki ke Paris dan sempat mengabadikan kenangan mereka di jambatan yang dipenuhi dengan ‘love lock’ sebelum ke London.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Nora dan Nadeem yang sedang menikmati percutian mereka untuk tatapan anda.

Kredit foto: Instagram Nora Danish

SKIP THIS AD ×