berita

Foto Nora Danish & Sasha Saidin Di Konsert Alicia Keys

November 29th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-11-28 at 3.42.48 PM

Semalam, telah berlangsungnya konsert jelajah Set The World On Fire oleh penyanyi antarabangsa Alicia Keys di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Atas tujuan mempromosikan album terbarunya berjudul Girl On Fire, Alicia telah hadir ke Malaysia bagi menghiburkan para peminatnya yang sudah lama menunggu kehadiran penyanyi ini disini.

Rata-rata penonton konsert tersebut memberikan respon positif terhadap kekuatan vokal serta paduan suara Alicia Keys.

Screen Shot 2013-11-28 at 5.51.23 PM

Bercakap mengenai konsert, terdapat beberapa barisan artis tempatan yang sanggup turun padang untuk menyaksikan kehebatan Alicia Keys beraksi di atas pentas antaranya Nora Danish, Mizz Nina, Shasha Saidin dan ramai lagi.

Menerusi laman Instagram, Nora telah berkongsi beberapa keping foto mesranya bersama Nadeem semasa menyaksikan konsert Alicia Keys.

Keakraban Nora bersama kekasihnya itu jelas terpancar melalui foto yang dimuatnaik ke laman Instagramnya itu. Malah, semasa di konsert tersebut, Nora turut ditemani beberapa teman rapat yang lain antaranya Betty Rahmad.

Screen Shot 2013-11-28 at 5.51.34 PM

Dalam masa yang sama, penyanyi kumpulan Elite iaitu Shasha Saidin juga dilihat telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama teman rapat di laman Instagram.

Screen Shot 2013-11-28 at 5.53.03 PM

Apa yang menarik, penyanyi yang dilabel sebagai artis antarabangsa iaitu Mizz Nina juga turut mengambil peluang memuatnaik sekeping foto menerusi laman Instagram miliknya ketika menyaksikan konsert Alicia Keys di laman Instagram.

Kami rasa persembahan Alicia Keys kali ini adalah persembahan paling win! Apa-apa pun, jom layan foto-foto artis yang berada di konsert tersebut selepas ini.

SKIP THIS AD ×