berita

[FOTO] Pemain Bola Tampar Turki Curi Perhatian Ramai. Sekali Pandang Jatuh Cinta!

July 27th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Temasya sukan terbesar dunia iaitu Olimpik ke-32 di Tokyo, Jepun sememangnya menarik perhatian ramai. Temasya sukan ini merupakan acara dinanti peminat sukan di seluruh dunia yang diadakan setiap empat tahun sekali.

Bagaimanapun, lebih menarik perhatian apabila kemunculan seorang atlet bola tampar wanita dari pasukan negara Turki iaitu Zehra Gunes yang berjaya mencuri perhatian ramai dengan wajah manisnya. Manisnya!

Siapa Zehra Gunes?

Zehra Gunes merupakan pemain dalam sukan bola tampar mewakili pasukan Turki yang baru saja berusia 22 tahun. Dia dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999 dan memiliki ketinggian 1.97 meter. Dia mula beraksi di arena sukan bola tampar pada tahun 2011 di bawah kelab Vafifbank Istanbul dan telah beberapa kali tukar kelab bola tampar.

Sepanjang penglibatannya di dalam sukan bola tampar, dia telah menerima beberapa anugerah penghargaan termasuklah Vestel Venus Sultans League pada tahun 2017. Manakala, antara anugerah bagi pasukan kelab pula dia telah menerima FIVB Women’s Club World Championship ‘Best Middle Blocker’ dan beberapa lagi pingat dalam perlawanan di peringkat kebangsaan.

Manisnya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zehra Gunes (@zehragns18)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zehra Gunes (@zehragns18)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zehra Gunes (@zehragns18)

Pasukan Turki telah berjaya menundukkan pasukan China dengan mata kemenangan 3-0, semalam di sukan Olimpik Tokyo 2020. Pasukan dari Turki ini akan ke peringkat seterusnya bertemu dengan pasukan Itali yang dijadualkan esok 27 Julai 2021 pada jam 3:25 petang waktu tempatan.

Sumber: Zehra Gunes

SKIP THIS AD ×