Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian netizen yang mempunyai kuasa viral sekaligus akan mendesak pihak berkaitan untuk bertindak. Media sosial ternyata menjadi medium yang berkesan bagi menyelesaikan sesetengah masalah terutamanya yang berkait dengan kepentingan awam.
Menerusi laporan Metro Jambi, penduduk di Jambi, Indonesia merakam beberapa foto keadaan sebenar jalan raya di kawasan perumahan mereka. Menerusi foto yang dikongsikan, jalan tersebut kelihatan berlubang serta dipenuhi dengan air yang bertakung. Dah macam kolam!
Ini sebenarnya lukisan 3D
Siap main tarik-tarik lagi
Menerusi laporan Metro Jambi, penduduk di kawasan itu sengaja mengambil gambar di jalan berkenaan bagi menunjukkan rasa protes mereka terhadap pemimpin yang menjaga daerah tersebut. Selain berfoto, mereka turut memberi sindiran di mana mereka mengajak masyarakat setempat dan dari negara lain untuk berhibur, bercuti dan melakukan hari keluarga di situ.
Menurut penduduk yang dikenali sebagai Rudi, jalan berlubang itu sudah lama tidak dibaiki dan ianya sangat merbahaya buat penduduk yang lalu-lalang setiap hari. Dengan adanya media sosial dan kuasa viral, dia berharap pemerintah segera menyelesaikan masalah tersebut.
Dah boleh cari emas
Sumber: Metro Jambi