berita

[FOTO] Perkahwinan Deepika & Ranveer Yang Dinanti Ramai Peminat. Memang Cantik!

December 2nd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pasangan bintang Bollywood Deepika Padukone dan Ranveer Singh telah berkahwin pada 14 November lalu. Pasangan bagai pinang dibelah dua ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu ketika membintangi filem Goliyon Ki Raasleela arahan Sanjay Leela Bhansali.

Ternyata gambar perkahwinan mereka amat dinantikan oleh orang ramai. Jadi, admin kongsi beberapa foto di sekitar majlis perkahwinan dua mempelai ini. Cantik habislah!

Foto perkahwinan pasangan Bollywood

Ikut adat dan tradisi

Sama cantik sama padan

Deepika Padukone mengenakan gaun pernikahan hasil rekaan Sabyasachi Mukherjee dengan mengetengahkan warna merah tua dengan sulam benang emas. Gaun yang digayakan oleh Deepika terlihat sangat mewah dan dilengkapi dengan perhiasan yang cantik pada tubuhnya.

Pasangan sejoli ini selamat mendirikan rumahtangga pada 14 November lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana di Lake Como, Italy. Majlis pernikahan mereka berlangsung selama empat jam dan dihadiri kira-kira 40 orang tetamu terdiri termasuk saudara dan rakan terdekat.

Sumber: Deepika