berita

Foto: Pernah Digosip Bercinta, Fazura Sambut Hari Lahir ‘Teman Baik’

March 4th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Fazura

Nama pelakon dan model jelita, Fazura tidak pernah sepi dari industri hiburan tanah air, malah apa saja yang dilakukan pasti dapat menarik perhatian pelbagai pihak.

Terdahulu, Fazura pernah digosipkan bercinta dengan seorang jejaka mat salleh bernama Randy Seidman. Namun, aktres jelita ini menafikan gosip tersebut kerana menganggap jejaka itu sebagai teman baik sahaja.

Terbaru, melalui laman sosial Instagram miliknya, Fazura telah memuatnaik foto sambutan hari lahir yang ke 29 buat teman baiknya itu.

Screen Shot 2014-03-04 at 11.11.49 AM

Untuk pengetahuan, sambutan hari lahir yang diadakan di Alexis Bangsar itu kelihatan sungguh meriah dengan kehadiran teman-teman rapat Fazura termasuk Sara Ali.

Menariknya, melalui caption sebuah foto yang dimuatnaik, Fazura menggambarkan Randy sebagai seorang jejaka yang telah membawa kebahagiaan, positiviti dan inspirasi ke dalam hidupnya.

Fazura

Sungguh manis dan penuh bermakna kata-kata Fazura buat teman baiknya itu. Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh Fazura dengan jejaka ini, apa salahnya kan?

Apa-apa pun, kepada peminat-peminat model dan pelakon jelita ini, jom kita lihat dulu foto sambutan hari lahir yang meriah ini.

×