berita

Foto : Persembahan Hebat Wings Di Konsert Rockestra Wings 2013

April 26th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Konsert Rockestra Wings-1

Bakal memberikan kepuasan, kumpulan Wings telah muncul dengan Konsert Wings Rockestra 2013 yang berlangsung di Istana Budaya, semalam.

Kekal bersama ahli kumpulan asal iaitu Awie, Joe, Black dan Eddie, keempat-empat mereka memberikan persembahan yang bertenaga dan lebih santai, berbeza dengan sebelum ini.

Tak cukup disitu, kumpulan Wings juga telah mempersembahkan lebih 20 buah lagu termasuklah Taman Rashidah Utama, Opera Hidup dan Sejati.

Konsert Rockestra Wings-16

Gandingan hebat Hillary Ang, Ian dan Joe Wings memukau para tetamu yang hadir.

Konsert Rockestra Wings-10

Usia bukanlah penghalang bagi Awie memberikan persembahan yang mantap.

Persembahan mereka turut dimeriahkan dengan kehadiran dua gitaris hebat iaitu Hillary Ang dan Ian Antonio yang dibawa khas dari seberang. Mereka kemudian tampil bersama dengan gitaris Wings iaitu dalam sebuah persembahan khas instrumental selama 20 minit.

Konsert Rockestra Wings-26

Menariknya dalam Konsert Rockestra Wings 2013, kumpulan Wings telah berganding bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer. Ia memberikan kelainan dari segi penyampaian muzik Wings dan keunikan yang tersendiri didalam persembahan mereka.

Konsert ini bermula hari ini dari 26 April sehingga 30 April di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket Konsert Wings Rockestra 2013 boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz pada harga RM499, RM399, RM299, RM249, RM199, RM149, RM99 dan RM69.

Mari lihat beberapa keping lagi foto sepanjang persembahan hebat kumpulan Wings di Konsert Rockestra Wings 2013!

SKIP THIS AD ×