Pelakon jelita, Farah Nabila diketahui sudah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu. Pada majlis pernikahan itu, Farah telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM77,777.77 sebagai simbolik percintaan mereka.
Sabtu lalu, pasangan sama cantik sama padan itu telah mengadakan majlis resepsi belah lelaki di Grand Dorsett, Subang dengan bertemakan Bollywood. Apa kata kami kongsikan foto sekitar majlis tersebut yang diadakan dengan penuh grand dan gilang-gemilang. Sumpah cantik!
Persis bintang Bollywood
Mengenakan busana gah ala-ala bintang filem Bollywood, pasangan tersebut sememangnya telah mencuri perhatian para tetamu yang hadir pada malam itu.
Siap ada persembahan tarian
Sebagai penambah seri kepada majlis itu, mereka juga turut disajikan dengan persembahan tarian Bollywood yang pastinya ‘ngam’ dengan tema majlis resepsi itu. Wow! meriah betul.