berita

Foto : Peserta Masterchef Selebriti Malaysia Kini Ada Produk Makanan Sendiri?

July 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Haaa, jangan terkejut ya! Kini selebriti pun sudah ada produk makanan sendiri.

Tapi, jangan pula anda percaya. Ini semua hanyalah gimik yang dilakukan dan produk-produk ini semua bukan untuk dijual. Pihak Masterchef Selebriti Malaysia pada Selasa lepas telah memuat-naik beberapa keping gambar yang menampilkan produk-produk makanan selebriti yang telah menyertai rancangan masakan itu.

Antara produk-produk yang menarik perhatian OHBULAN! ialah “Buah Dalam Tin Cap Dr. Faiz”, “Kaya Cap Jehan Miskin”, “Santan Rendah Lemak Cap Soo Wincci” dan yang paling terbaik, “Serbuk Cili Cap Azwan Ali”. Bukan main lagi nama produk, sesuai dan kena pada selebritinya.

Apa kata anda lihat sendiri produk-produk makanan ini ya. Ingat, ianya tiada di pasaran.

Sumber : Facebook Masterchef Selebriti Malaysia