berita

[FOTO] Poster Panitia Sekolah ‘Another Level’, Lebih Kreatif & Style Habis!

January 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Selalunya kita akan melihat poster panitia di sekolah dalam reka bentuk grafik yang formal seperti mana ditetapkan prosedur pengurusan sekolah. Namun, berbeza pula dengan reka bentuk grafik poster persatuan dan panitia di Sekolah Kebangsaan Kulai 1 di Johor ini apabila design yang ditampilkan lain daripada yang lain. Mendapat pujian dan perhatian ramai, poster yang dipaparkan diakui memang sempoi habis!

Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu dengan tagline ‘Tiada yang mustahil’ ini dilihat berkonsepkan filem Hollywood terkenal iaitu Harry Potter. Hanya menggunakan jubah konvokesyen sebagai kostum dan ditambah editing bebola api bagi menambahkan mood Harry Potter itu.

Panitia Matematik

Manakala, bagi Panitia Matematik pula sudah tentu grafik yang ditambah mempunyai simbol dan formula Matematik dengan tagline ialah ‘math is the only place where truth and beauty mean the same thing‘.

Anggota Kumpulan Pelaksana

Bagi poster Anggota Kumpulan Pelaksana pula mengaplikasikan dari filem Charlies Angel seiring dengan dominasi wanita dalam melaksanakan misi. Begitu juga dengan poster persatuan ini. Memang style!

Panitia Pendidikan Islam

Sekali tengok macam poster Pencetus Ummah dan Da’i. Bersesuaian dengan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan tagline sempoi iaitu ‘cahaya, mutu, keunggulan’ mengenakan tema padang pasir. Dapat dilihat juga unta dan beberapa piramid di tengah padang pasir.

Panitia Sains

Sekali tengok macam poster drama. Panitia Sains ini menggunakan bilik pembedahan sebagai tema untuk kelab ini dengan tagline ‘the important thing is never stop questioning‘.

Jurulatih Sukan

English Panel

Dah macam poster filem Men In Black! Memang style sebab semua cikgu pegang senjata dan berlatarbelakangkan design seakan makmal penyiasatan.

Badan Kebajikan Guru & Staf

Kalau anda tengok Ombak Rindu, pasti anda boleh samakan poster bagi Badan Kebajikan Guru dan Staf 2020/2021 ini ada iras dengan konsep filem Box Office itu. Atau boleh samakan dengan kulit novel cinta yang menjadi kegemaran gadis-gadis.

The Thinkers

Reka grafik bagi persatuan di Sekolah SK Kulai 1 di Johor mempunyai kelainan untuk tahun ini. Berbeza dengan poster panitia sekolah ini yang menggunakan reka grafik ala filem Hollywood. Idea ini telah dicetuskan oleh Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kulai 1.

Sumber: Suzirman Sharin

SKIP THIS AD ×