berita

Foto: Rabecca Nur Al Islam Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

November 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Dek kerana semua sibuk dengan majlis pernikahan dua selebriti popular, Farid Kamil & Diana Danielle, ramai yang terlepas pandang tentang Rabecca Nur Al-Islam yang telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat lepas (2 November), sehari sebelum  hari pernikahan Farid & Diana.

Bayi perempuan yang diberi nama Nur Anggun Raverra itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan dan mempunyai berat sebanyak 3.3 kg. Turut dilihat melawat Rabecca ialah isteri Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza yang sedang sarat mengandung. Apa pun, bayi perempuan Rebecca memang kelihatan comel dan sihat. Tahniah kami ucapkan dari OHBULAN!

Jom tengok foto ‘baby girl’ Rebecca ini ya!

Sumber : Media Hiburan