berita

Foto: Sazzy Falak Sedia Tawan Kota New York

September 5th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

SONY DSC

Jika diperhatikan pada foto-foto yang dikongsikan oleh para selebriti tempatan di Instagram, kebanyakannya sering memuat naik foto percutian mereka di luar negara.

Ada yang sekadar menghabiskan masa untuk bercuti, malah ada juga yang ambil kesempatan melancong sambil menjalani penggambaraan.

Namun berbeza dengan selebriti lain, Sazzy Falak yang ditemani suaminya kini sedang berada di kota New York untuk memperkenalkan jenama fesyen keluarannya, SF by Sazzy Falak ke peringkat antarabangsa.

Untuk pengetahuan, jenama kebanggaan Sazzy akan turut serta dalam peragaan fesyen PLITZS New York City Fashion Week yang bakal berlangsung selama dua hari mulai 7-8 September 2013.

Screen Shot 2013-09-04 at 21.35.53

Setelah diteliti jadual peragaan yang disediakan di laman web PLITZS, OHBULAN! dapati slot untuk SF by Sazzy Falak telah ditetapkan pada hari Sabtu jam 9.15 malam.

Memang agak teruja setiap kali melihat nama anak Melayu yang berjaya menembusi platform antarabangsa tidak kira di dalam bidang apa sekalipun.

Screen Shot 2013-09-04 at 22.19.41

Tambah bangga lagi apabila nama Datin Norjuma Habib juga turut tertera di dalam jadual untuk sesi memperagakan jenama tudung MyBawal Scarf pada keesokan harinya.

Screen Shot 2013-09-04 at 22.20.03

Semoga segala urusan mereka berdua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Bagaimanapun, di bawah ini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto awal yang sempat dirakam Sazzy sebelum minggu fesyen itu berlangsung.