berita

[FOTO] Sekitar Majlis Akikah Anak Kedua Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Untuk Wanita Sahaja

August 21st, 2019 | by Athirah
Lensa Insta

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan dua sejoli Puteri Sarah Liyana Megat dan Syamsul Yusof yang telah diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 lalu. Selepas lebih lima tahun usia perkahwinan, pasangan bahagia itu kini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang baru menginjak ke usia 5 bulan.

Baru-baru ini, Puteri Sarah sempat memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis akikah puterinya, Sumaiyyah yang baru dilahirkan pada Mac lalu untuk perkongsian bersama pengikut di Instagramnya.

Sedondon warna pink

Comelnya ibu dan anak ni. Masing-masing mengenakan pakaian sedondon berwarna pink.

Akikah untuk wanita sahaja

Menurut Puteri Sarah, majlis akikah pada kali ini sedikit berbeza kerana tetamu yang dijemput hanya wanita sahaja. Malah, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa mertuanya yang bertungkus-lumus mengadakan majlis untuk puterinya itu.

Cantiknya Puteri Sarah

Tanpa solekan yang tebal dan baju yang simple, Puteri Sarah tetap kelihatan cantik dan berseri.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana