berita

[FOTO] Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Zara Zya & Hafreez Adam

October 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya telah selamat melangsungkan pertunangan mereka semalam selepas dua tahun menyulam cinta. Majlis yang diadakan di Kuang, Sungai Buloh itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

Bagai pinang dibelah dua, kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis pertunangan pasangan ini. Jom tengok!

Cantiknya!

Manisnya Zara Zya! Warna putih menjadi pilihan untuk majlis pertunangan beliau kali ini. Cantik sangat!

Segak bergaya

Pasangannya, Hafreez Adam turut mengenakan tona yang sepadan. Kacaknya!

Meriah

Majlis tersebut pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran ahli keluarga dan teman rapat.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan ini dikatakan bakal menjalani tempoh pertunangan di antara enam bulan hingga setahun.

Semoga persiapan untuk majlis perkahwinan nanti akan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

Sumber: Instagram Zarazya, Instagram Hafreez Adam, Instagram Alha Alfa, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×