berita

Foto: Sharifah Amani Bawa Budaya Malaysia Ke Jepun

May 28th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

sharifah

Pelakon kecil molek, Sharifah Amani sebenarnya sekarang ni sedang berada di Tokyo, Jepun bagi mempromosikan filem Jepun dibintanginya berjudul ‘Redemption Night’ di Festival CineMalaysia 2013.

Di dalam filem arahan Takato Hosoi itu, Sharifah Amani atau lebih selesa dipanggil Nani membawakan watak yang lain dari kebiasaan iaitu sebagai seorang gadis pelacur.

Screen Shot 2013-05-27 at 23.57.50

Selain daripada Nani, Bront Palarae juga turut terpilih memegang watak dalam filem arahan dan lakon layar yang menggunakan sentuhan sepenuhnya dari Jepun.

Apa yang menariknya, Nani tidak cuma pergi ke sana untuk mempromosikan filem Jepun itu sahaja, malah dia juga turut mengambil kesempatan mencurahkan budaya Melayu dengan memakai baju kurung sepanjang festival itu diadakan.

Dalam pada masa yang sama, Nani juga sempat berkongsi gambar dengan peminat mengenai filem Bunohan yang turut ditayangkan dan khabarnya filem itu mendapat sambutan yang baik.

Screen Shot 2013-05-27 at 23.47.20

Bagi yang tak tahu, CineMalaysia 2013 adalah Festival Filem Malaysia pertama yang diadakan di Jepun bermula dari 24 Mei hingga 31 Mei bertujuan untuk mempromosikan karya Malaysia di mata dunia.

Melalui pelbagai filem yang ditayangkan di festival itu, orang ramai terutama di negara jiran akan mendapat gambaran mengenai situasi sebenar kedaan perfileman di Malaysia.

Jom tengok beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Nani ke laman Instagramnya sepanjang berada di Jepun. Kudos Nani!