berita

Foto : Shila Amzah Terima Anugerah Country Branding Award Di China

May 29th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Shila Amzah 7

Nampaknya sejak beroleh kejayaan menerusi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada September tahun lalu, bakat yang dimiliki oleh Shila Amzah semakin dihargai dan disanjung tinggi oleh pencinta industri hiburan tempatan negara tersebut.

Terbaru, Shila Amzah dikhabarkan telah menerima anugerah Country Branding Award yang diadakan semalam dan berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi tersebut menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.

Menerusi laman tersebut, Shila telah memuat naik sekeping gambar trofi yang tertera namanya dengan caption berbunyi :

Country branding award

Shila Amzah 10

Trofi yang dimiliki oleh Shila

Menerusi respon peminat, ramai antara mereka merakamkan ucapan tahniah serta memberi kata-kata perangsang buat penyanyi tersebut agar kerjayanya dalam industri seni suara akan terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Shila Amzah

Tahniah! diucapkan buat Shila Amzah. Bagi semua peminat Shila, jom layan beberapa foto penyanyi tersebut selepas ini. Enjoice!

Kredit Foto : Instagram Shila Amzah & Fauziahsarman

SKIP THIS AD ×