Selepas tiga kali menangguhkan perkahwinan, pelawak terkenal, Mamat Sepah akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya pada 1 Mac 2020 dengan menikahi kekasih hatinya yang dikenali dengan nama Nana.

Berita gembira ini dikongsikan Mamat menerusi laman akaun Instagram miliknya dengan memuatnaik sekeping foto pernikahan mereka.

Sah bergelar suami

https://www.instagram.com/p/B9NYWSRHu9d/

Pasangan ini selamat diijabkabulkan di Kulai, Johor pada 1 Mac 2020 yang lalu. Isteri pelawak terkenal yang dikenali dengan nama Nana itu berasal daripada Lahad Datu, Sabah dan juga bekerja sebagai seorang anggota polis.

Selamat diijabkabulkan

https://www.instagram.com/p/B9M3hQ0JyUP/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/B9NmCASp8BS/

Difahamkan juga, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2018 dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga sekitar bulan Mac tahun 2019 sebelum menangguhkan pada bulan April seterusnya ke bulan Disember. Mereka menangguhkan majlis perkahwinan ini adalah disebabkan komitmen Mamat yang pada ketika itu sedang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2019.

Alhamdulillah

https://www.instagram.com/p/B9MfT8ini_I/

Suami kepada anggota polis

https://www.instagram.com/p/B7p1i51laAr/

https://www.instagram.com/p/B5msxVclcpP/

Sumber: Mamat Sepah, Cik Nana, Loav.film