berita

[FOTO] ‘Syukur Alhamdulillah’- Isteri Nabil Ahmad Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Yang Ketiga

April 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga. Menerusi Instagram Meletop, isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1 tengah hari semalam.

Kami kongsikan beberapa foto saat terindah pasangan tersebut bersama bayi mereka yang baru dilahirkan. Comelnya baby girl!

Eee comelnya!

Ternyata kegembiraan jelas terpancar di saat Nabil mendukung bayi perempuannya yang baru selamat dilahirkan. Setakat ini, pasangan tersebut masih belum mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada bayi itu.

Ucapan netizen

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan supaya isterinya selamat menjalani proses berpantang. Netizen juga tidak sabar untuk mengetahui nama yang akan diberikan kepada bayi tersebut.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Sumber : Meletop

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×