Di Instagram, Datin Patimah Ismail memuat naik foto ‘throwback‘ suaminya iaitu Datuk Yusof Haslam bersama anak lelaki mereka iatu Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: ‘Kepulangan Anak Saya Atas Doa Kami Sekeluarga, Kerana Kamu Kehidupan Isteri & Anak-Anaknya Teraniaya’ – Patimah Ismail
Tak semua rindu diluah dengan kata-kata
Menerusi posting tersebut, Patimah menulis ‘tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata’. Meskipun tidak mengulas lebih lanjut mengenai foto berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila hubungan Patimah dengan anaknya didakwa semakin erat selepas pengarah sensasi itu sudah pulang ke rumah.
Pada 12 September lalu, Patimah memuat naik foto bersama Syamsul sekaligus memaklumkan bahawa anaknya itu sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak bersua.
Foto
Sumber: Patimah Ismail