berita

Foto Terbaru Anak Jimmy Shanley Yang Comel

August 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-08-01 at 13.25.56

Tanpa disedari, rupanya anak tunggal Jimmy bersama bekas isteri, Nursuhaila kini sudah pun menginjak usia dua tahun.

Anak mereka, Zahrah Rania yang lahir pada 24 Jun 2011 kini kelihatan semakin comel dan jika diamati Zahrah lebih mewarisi rupa paras ayahnya.

Sejak kebelakangan ini Jimmy kerap berkongsi foto-foto anaknya di laman Twitter sekaligus menunjukkan kasih sayang seorang ayah yang jelas tergambar dalam diri Jimmy.

Screen Shot 2013-08-01 at 14.21.58

Dalam perkembangan lain, Utusan Online melaporkan Mahkamah Tinggi telah menetapkan 20 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan permohonan notis tunjuk sebab yang difailkan oleh Jimmy terhadap bekas isterinya.

Permohonan itu dibuat oleh Jimmy selepas Nursuhaila melanggar perintah mahkamah kerana tidak membenarkannya bermalam dengan anak sebanyak tiga kali selepas mereka bercerai.

Bagaimanapun bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Jimmy diberi hak untuk menghabiskan masa bersama anaknya selama tiga hari bermula hari terakhir Ramadhan sehingga raya kedua.

Sementara itu, jom layan beberapa keping foto terbaru Zahrah Rania di bawah. OHBULAN! percaya pasti ramai antara anda yang geram melihat kecomelannya kan?

Kredit foto: Twitter Jimmy Shanley

SKIP THIS AD ×