berita

Foto : Tiz Zaqyah Sambut Hari Jadi Teman Lelaki

September 2nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Tiz Zaqyah 5

Malam minggu lalu pastinya ramai yang berkumpul bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menunggu detik 12 malam bagi melaungkan semangat kemerdekaan kan?

Nampaknya perkara yang sama turut dilakukan oleh pelakon terkenal, Tiz Zaqyah.

Menerusi laman sosial Instagram pelakon tersebut, Tiz dilihat bukan sekadar menyambut Hari Kemerdekaan, malah pelakon itu turut mengambil peluang yang ada untuk menyambut ulangtahun kelahiran teman lelakinya, Daniel Haziq yang jatuh pada 30 Ogos lalu.

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah 6

Majlis ulangtahun kelahiran teman lelaki Tiz Zaqyah, Daniel Haziq

Jika dilihat daripada setiap foto yang dikongsikan, rata-rata tetamu yang hadir nampaknya telah memakai pakaian berwarna putih dan kesemuanya menggayakan topeng muka masing-masing.

Wow, mungkin itu adalah salah satu tema yang telah dirancang oleh Tiz untuk Haziq.

Sempena ulangtahun kelahiran tersebut, pelakon jelita ini turut mencoretkan kata-kata indah buat kekasih hati yang berbunyi :

Screen Shot 2013-09-02 at 4.37.29 PMRomantik juga mereka berdua kan?

Apa pun di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik Tiz Zaqyah bersama teman-temannya sekitar sambutan Hari Kemerdekaan dan ulangtahun kelahiran teman lelakinya baru-baru ini. Jom layan!


Kredit Foto : Instagram Tiz Zaqyah