Tak dapat dinafikan, ramai yang menganggap seseorang itu cantik hanya apabila berwajah menarik, cerah, flawless dan kurus sahaja. Orang yang bertubuh sedikit gempal dan gemuk sering menjadi bahan ejekan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan.
Namun, korang jangan sesekali pandang rendah pada mereka ini tau. Siapa sangka gadis montel pada zaman remajanya ini akhirnya transform menjadi seorang model dan ratu cantik. Memang lain gila transformasinya ni wey!
Pernah bertubuh gempal semasa remaja
Sekali imbas macam tak percaya gadis bertubuh gempal ini merupakan Joanna Joseph iaitu ratu cantik Miss Malaysia Earth 2016 semasa remaja. Sebelum ini Joanna pernah berkongsi kisah hitamnya yang sering diejek dan dibuli rakan-rakan kerana hodoh. Disebabkan itulah gadis ini nekad berubah sehingga jadi cantik macam gambar kat bawah ni.
Kini bergelar model & ratu cantik Miss Malaysia Earth 2016
Tanpa sebarang ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan, apa yang diperlukan adalah usaha gigih di gim dan diet yang baik. Fuhh memang berjaya gila lah transformasi Joanna ni kan, memang cantik dan hot gila dia sekarang. Jadi korang yang bertubuh montel tu jangan putus asa dahulu. Masih ada peluang nak kurus dan cantik macam ni! Hehe
sumber : Rizal Hakimm