Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang wanita berkongsi menu sihat yang mudah untuk diamalkan. Paling seronok apabila dia berjaya menurunkan 15kg dalam masa 4 bulan. Apa yang penting, tak perlu guna produk sampah dan tak perlu ikat perut menahan lapar. Nampak pun menyelerakan! Jom cuba!
Hari ni saya nak kongsikan makanan yang saya masak untuk turunkan berat badan.. just eat healthy.. tanpa mengambil produk sampah. Ni yang sempat saya snap lah sebelum makan.
Alhamdullilah dalam masa 4 bulan turun 15kg.. tu pun tak berapa jaga sangat pun sebenarnya. Hari minggu saya cheat. Tapi masih cheat dalam iman la. Kalau buat betul2 maybe boleh lebih dari tu beratnya turun.
Overnight oat.. tips untuk overnight oat tak berlendir, guna rolled oat. Bukan oat biasa..
Saya tak guna bahan premium.. Just masak guna bahan yang simple. Dan saya bukan seorang yang rajin masak, asal boleh je, yang penting cukup nutrien.
Waktu makan:
? Breakfast : 7.00 pagi – 8.00 pagi (karbohidrat + protein + fiber)
? Snack : 10.00 pagi – 11.00 pagi (buah, kekacang or plain yogurt)
? Lunch : 1.00 petang – 2.00 petang (karbohidrat + protein + fiber)
? Snack : 4.00 petang – 5.00 petang
? Dinner : 7.00 petang – 8.00 malam ( protein + fiber)
Breakfast. Tu roti telur ye. Actually pagi pun kita boleh makan macam tengahari. Boleh ambil nasi juga untuk breakfast.
Portion ikut suku-suku separuh. Minum air putih ikut keperluan badan kita iaitu 25kg berat badan bersamaan 1 liter air (25kg : 1 liter). Dannn jangan lupa.. buat exercise juga ya. Semoga bermanfaat.
Ada program luar.. tak sempat breakfast kat rumah, kita balun je makan time drive.
Nasi goreng sihat.. nasi just ambil suku saja. Lebihkan sayur.. puas tau makan even nasi sikit je. Tak percaya cubalah.
Lamb untuk dinner.. untuk malam tak perlu ambil nasi. Sebab malam tak perlu pergi bersawah kan?
Punyalah pemalas nak masak.. makan timun je banyak.
Ni tak masak.. ni makan kat luar.. Sunnah nabi, berhenti makan sebelum kenyang. So cukup je makan kalau ikut portion suku-suku separuh ni.
Sumber : Normala Abdir