berita

[FOTO] Turun Sehingga 11kg, Wanita Kongsi Menu Diet Sihat Tapi Sedap, Tak Perlu Berlapar!

February 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Siapa cakap menu sihat atau eat clean membosankan dan tidak sedap? Kalau pandai olah, menu diet juga boleh menaikkan selera makan seseorang. Yang penting kalori yang dibekalkan mencukupi untuk keperluan badan. Betul tak?

Menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), Siti Hawa Mohd Zainudin berkongsi foto makanan yang membantunya turun sehingga 11kg. Memang nampak menyelerakan. Kata kuncinya adalah konsisten dan disiplin untuk menjamin penurunan berat badan secara sihat.

Turun lebih 10kg

Just nak kongsikan menu diet yang kita amalkan. Siapa kata orang diet kena tahan lapar. Kita enjoy-enjoy + chill-chill layan diet dari 68.9kg dah turun pi 57.6kg tapi belum capai target lagi la hahaha

By the way, menu-menu kita idok lar “eat clean” sangat pon tapi kita lebih kepada control portion karbo + protein tapi lebihkan sayur/serat. Kiranya macam nak ajar diri sendiri ke arah “healthy food + lifestyle”. Tapi seriously perut kita tetap kenyang gituuu Alhamdulilah.

Sandwich & telur

Sandwich dada ayam grill mix vege. Guna roti wholemeal Gardenia. Roti tue kita grill jap atas non stick pan baru sedap time gigit hihihi

Sandwich telur dadar mix vege + mayo. Roti wholemeal Gardenia tue Sis grill jap pastue telur dadar tue Sis campur bayam Brazil & goreng jap lam non stick pan pastue lipat bentuk tiga segi.

Sandwich telur mata kerbau tabur serbuk lada hitam. Macam biasa mix ngn extra sayur & time gigit memang bunyi keranggupan jer hihihi

Siap ada petai

Nampak menyelerakan

Sumber : Siti Hawa Mohd Zainudin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)